Lokasi 76 kes positif di Kuching


KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 yang telah diumumkan semalam mengisytiharkan Daerah Kuching sebagai Zon Merah ekoran 76 kes positif COVID-19. 

Kawalan dan pemantauan yang lebih ketat perlu dilaksana bagi mengurangkan risiko penyebaran COVID-19.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, pihaknya memutuskan kawasan-kawasan berdekatan yang dikategorikan Zon Merah secara terperinci.

"Pecahan kategori bagi kawasan Semariang 20 kes (Semariang/Taman Sukma) diikuti Zon 1 18 kes (JalanArang/Stampin/Jalan lapangan Terbang/Jalan Song/TamanBDC/Jalan Stutong),  Satok mencatatkan 15 kes (Patingan/Satok/SgMaong), Taman Sri Wangi - 12 kes (Taman Sri Wangi/Laruh Skim) dan Zon 2 iaitu 10 kes (Central Park/Kenny Hill/Tabuan Laru/SMK Seri Setia/Taman Green Height.

"Bagi kawasan Kota Smarahan yang merekodkan 18 kes positif iaitu pecahan Jalan Datuk Musa 18 kes (Desa Ilmu/Tanjung Bundong/MuaraTuang)," katanya.

Sebanyak 23 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini,
menjadikan jumlah keseluruhan 211 kes setakat ini.

Menurutnya, daripada 23 kes ini, 21 kes 
dirawat di Hospital Umum Sarawak dan 2 kes dari Hospital Sibu.

Beliau berkata,  bagi PUI baharu di Daerah Kuching hari ini adalah sebanyak 63 kes yang 
mana 33 kes adalah yang telah di saring di Kompleks Belia dan Sukan dan 
30 kes adalah daripada Hospital Umum Sarawak.

Beliau menegaskan, sesiapa sahaja yang tiba melalui (darat/udara/laut) ke Sarawaka kan ditempatkan di Pusat Kuarantin selama 14 hari dimana mereka tiba.
LihatTutupKomentar
Cancel