Lori bawa anggota PGA terbabas

 

Trak bawa petugas polis kemalangan di Sungai Paku

SRI AMAN:Trak yang membawa 13 anggota Kompeni C Temudok dan Ibu Pejabat Batalion 10 Sibu, petugas syif kawalan sempadan Op COVID-19 terbabit dalam kemalangan kendiri di Sungai Paku, Ulu Undop, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mengalami sakit pinggang, belakang, kaki kebas, bahu dan mengalami kesukaran untuk bangun. 

Empat anggota lagi mengalami cedera ringan akibat terhantuk di dalam lori manakala lain-lain anggota hanya mengalami sakit-sakit dan lebam di badan beberapa anggota badan namun tidak serius.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Bingkok John berkata, kemalangan berlaku di Jalan Ulu Paku menghala ke Pekan Batu lintang.

"Difahamkan brek trak berkenaan tidak berfungsi lansung semasa menaiki bukit, akibatnya trak telah mengelungsor ke belakang dan terbabas ke tepi jalan dan terbalik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ambulans telah dipanggil untuk membuat rawatan awal kepada anggota yang tidak dapat bergerak dan di bawa ke hoslital Sri Aman untuk mendapat rawatan.
LihatTutupKomentar
Cancel