Mayat nelayan hilang di Pulau Lakei ditemui pagi ini


KUCHING: Mayat nelayan yang hilang di setelah bot dinaiki karam di Pulau Lakei akibat cuaca ribut dan laut bergelora Sabtu lalu, dijumpai pagi ini.
 
Mayat Jamli Masli, 41,dijumpai nelayan Kampung Bako pada jarak satu batu nautika Barat Laut Pulau Lakei iaitu lokasi mangsa dilaporkan hilang. 

Pengarah APMM Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, ketika dijumpai mangsa masih berpakaian berbaju merah lengan panjang.

"Mayat mangsa seterusnya dibawa ke jeti Kampung Bako untuk pengesahan selanjutnya pada jam 9.30 pagi,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,ahli keluarga mangsa telah mengesahkan mayat yang dijumpai adalah mangsa yang dilaporkan hilang. 

"Mayat seterusnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak(HUS) untuk tindakan lanjut,"ujarnya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang nelayan hilang manakala dua lagi selamat setelah bot yang mereka naiki karam di Pulau Lakei akibat cuaca ribut dan laut bergelora.

Ketiga-nelayan tempatan terbabit turun ke laut jam 7 pagi, bot mereka dipercayai karam sekitar jam 9.30 pagi.

Dua mangsa yang selamat ialah Masli Rafaee, 64, dan Mohamad Masli, 32.
LihatTutupKomentar
Cancel