Nelayan disambar buaya ditemui
SRI AMAN: Nelayan yang hilang disambar buaya ketika memukat ikan di sungai Batang Lupar ditemui berhampiran Sungai Bundung pagi tadi.
Mangsa Yanha Mahrat, 29, ditemui berhampiran Sungai Bundung, kira-kira 7.30 pagi ini.
Sebelum ini, 29 anggota daripada pelbagai agensi termasuk orang kampung menyertai operasi SAR sejak tiga lalu.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman Kapten Huzaimah Ibrahim mengesahkan penemuan mangsa.
Mayat selepas itu diserahkan kepada polis untuk tindak lanjut.
Sebelum ini, memukat ikan bersama tiga saudaranya di Sungai Batang Lupar berhamiran Kampung Melayu Tanjung Bijat.
Dalam laporan sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superitendan Bingkok John berkata, mangsa ketika kejadian menarik pukat di tengah sungai manakala tiga saudaranya berada tidak jauh dari tempat kejadian.
"Ketika menarik pukat mangsa tiba-tiba menjerit meminta tolong daripada tiga saudaranya yang berada tidak jauh dari tempat kejadian dan terus tenggelam.
"Mangsa dipercayai ditarik buaya ke dasar sungai," katanya.