Pegawai Khas mohon maaf mempersenda bantuan kerajaan


KUCHING: Pegawai khas seorang setiausaha politik kepada ketua menteri ditahan oleh polis selepas memuat turun sekeping gambar grafik yang mempersenda bantuan kerajaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Facebook.

Abang Ikhsan Gani iaitu pegawai khas kepada Abu Seman Jahwi ditahan oleh polis pada jam 10.05 pagi tadi.

Pada 3 April, Abang Ikhsan melalui Facebooknya memuat turun gambar grafik bertajuk ‘Apa Khabar Bantuan PKPCOVID19’ yang mengambarkan bantuan duit tersebut tidak sampai ke golongan sasaran.

Sehubungan itu, Pegawai Pusat Khidmat N.44 Jemoreng bersama Pegawai Daerah Matu dan Penghulu Kampung Tian Matu serta ketua masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar jam 9.30 pagi tadi telah membuat laporan polis.

Berikutan penahanan itu, Abang Ikhsan meminta maaf atas tuduhan dan komen yang berniat jahat.
LihatTutupKomentar
Cancel