Perlu pengesahan balai polis untuk keluar daerah
KUCHING: Berkuatkuasa esok, kebenaran untuk bergerak dari Daerah ke Daerah hendaklah melalui balai Polis Daerah yang terdekat.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, kelulusan yang telah diperolehi dari Pejabat Daerah sebelum ini (sebelum 2 April) hendaklah disahkan semula di Balai Polis yang berdekatan.
Menurutnya, merujuk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, jika seseorang bergerak dari suatu tempat ke tempat perlu mematuhi peraturan yang dtetapkan.
"Untuk membeli makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet,
pergerakannya hendaklah hanya, ke suatu tempat di dalam radius yang tidak
melebihi 10 kilometer dari kediamannya, atau ke suatu tempat yang paling hampir dengan kediaman dan dia tidak boleh disertai mana�-mana orang lain, melainkan jika munasabah.
"Untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan, pergerakannya hendaklah hanya, ke suatu tempat di dalam radius yang tidak
melebihi sepuluh (10) kilometer dari kediaman," katanya pada sidang akhbar hari ini.
Beliau berkata, bagaimanapun bagi kes di Sarawak, syarat ini dilonggarkan di
kawasan luar bandar dan kebenaran hendaklah diperolehi di Balai Polis yang
berdekatan.
Dalan pada itu katanya, sehingga hari ini, pematuhan Perintah Kawalan Pergerakkan adalah sebanyak 95.3%.
Semalam pihak polis telah menangkap 37 orang di Sarawak kerana melanggar PKP.
Seramai 41 orang telah dituduh di Mahkamah pada 01.04.2020.