Pesara polis lesap perahu terbalik ketika memancing

SIBU: Seorang warga emas yang juga pesara polis dipercayai lemas selepas perahu dinaiki terbalik ketika berlanggar dengan bot tunda kora-kira jam 8 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Lim Lian Tiong berusia 63 tahun dari Jalan Permai Jaya pergi memancing dengan anak saudaranya berusia 29 tahun di perairan sungai Batang Rajang sekitar Pulau Li Hua.

Bagaimanapun, anak saudara mangsa selamat selepas berjaya menyelamatkan diri dengan berenang menuju ke sebuah bot tunda kecil yang berada berhampiran.

Mangsa yang turut sama berenang tiba-tiba hilang.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disertai oleh anggota polis Balai Polis Lanang, Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). 

Menurutnya, tiga buah bot penyelamat digerakkan untuk mencari mangsa di sepanjang perairan Batang Rajang. 

"Mereka pergi dengan menaiki sebuah bot. Semasa dalam perjalanan bot mereka dikatakan hilang kawalan lalu merempuh sebuah kapal tunda sekitar jam 8 pagi," katanya. 

Kes diklasifikasikan sebagai Orang Hilang.
LihatTutupKomentar
Cancel