Sarawak catat 1kematian, 23 positif
KUCHING - Sarawak hari ini mencatatkan satu (1) kematian dan menjadikan jumlah
kematian sebanyak sembilan (9) kes.
Kes kematian ini adalah seorang lelaki
dari Kuching.
Manakala terdapat dua puluh tiga (23) kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 211 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020.
Daripada 23 kes ini, 21 kes dirawat di Hospital Umum Sarawak dan 2 kes dari Hospital Sibu.
Pada hari ini, sebanyak 91 kes baharu Person Under Investigation (PUI)
dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,379 kes.
Daripada jumlah itu, 1,082 kes adalah negatif dan 86 kes PUI masih menunggu
keputusan makmal.
Bagi PUI baharu di Daerah Kuching hari ini adalah sebanyak 63 kes yang mana 33 kes adalah yang telah di saring di Kompleks Belia dan Sukan dan 30 kes adalah daripada Hospital Umum Sarawak.
Berkuatkuasa 03 April 2020, kebenaran untuk bergerak dari Daerah ke
Daerah hendaklah melalui balai Polis Daerah yang terdekat.
Manakala
kelulusan yang telah diperolehi dari Pejabat Daerah sebelum ini (sebelum 02 April) hendaklah disahkan semula di Balai Polis yang berdekatan.
Merujuk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
(Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit :
Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Prevention and
Control of Infectious Diseases : Measures Within Infected Local Area),
Seksyen 4 (1) Jika seseorang bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang
lain:
(a) untuk membeli makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet,
pergerakannya hendaklah hanya, ke suatu tempat di dalam radius yang tidak
melebihi sepuluh (10) kilometer dari kediamannya, atau ke suatu tempat
yang paling hampir dengan kediamannya, dan dia tidak boleh disertai mana-
mana orang lain, melainkan jika adalah semunasabahnya perlu baginya
untuk disertai mana-mana orang lain.
(b) untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan,
pergerakannya hendaklah hanya, ke suatu tempat di dalam radius yang tidak
melebihi sepuluh (10) kilometer dari kediamannya, atau ke suatu tempatyang paling hampir dengan kediamannya, dan dia boleh disertai mana-mana
orang lain yang semunasabahnya perlu.
Walaubagaimanapun, bagi kes di Sarawak, syarat ini dilonggarkan di
kawasan luar bandar dan kebenaran hendaklah diperolehi di Balai Polis yang berdekatan.
Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 yang telah diumumkan semalam
dimana Daerah Kuching telah disytiharkan sebagai Zon Merah.
Kawalan dan
pemantauan yang lebih ketat perlu dilaksana bagi mengurangkan risiko
penyebaran COVID-19 ini.
Sehingga hari ini Jawatankuasa Pengurusan
Bencana hari ini telah memutuskan kawasan-kawasan berdekatan yang dikategorikan Zon Merah secara terperinci adalah seperti berikut:
Mulai 5 April 2020 (Ahad), sesiapa sahaja yang tiba melalui (darat / udara / laut) ke Sarawak akan di tempatkan di Pusat Kuarantin selama 14 hari di mana mereka tiba.