Sarawak tubuh 4 pasukan bertindak

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) mengumumkan empat Pasukan Bertindak akan dibentuk untuk mengukuhkan lagi pengurusan COVID-19 di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah Embas berkata, Pasukan Bertindak Pertama adalah “Accelerating 
Flattening the Curve (Current Wave)”. 

Menurutnya, Pasukan Bertindak ini akan melihat dan membuat cadangan 
bagaimana untuk mempercepatkan penurunan lengkung (curve) COVID-19 yang sedang meningkat

"Antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah isu berkaitan dengan notifikasi kes, penyiasatan kes, pengesanan kontak, pengesanan aktif kes, pendidikan kesihatan dan sebagainya. 

"Pasukan Bertindak ini juga akan memantau perkembangan isu? Isu yang telah dicadangkan. Saya telah melantik Dr. Jamilah Hashim bagi mengetuai Pasukan Bertindak," katanya pada sidang media hari ini.

Uggah berkata Pasukan Bertindak Kedua adalah “Preventing and controlling the next waves” iaitu melihat dan mengemukakan cadangan tentang bagaimana persiapan rapimmenghadapi gelombang COVID-19 yang akan datang.

"Kita perlu belajar daripada masalah apa yang kita hadapi semasa gelombang COVID-19 yang kecil ini dan untuk cuba untuk memperbaikinya.

"Pasukan Bertindak ini juga perlu memantau perkembangan isu?isu yang telah dicadangkan. Saya telah melantik Datu Prof. Dr. Andrew Kiyu untuk mengetuai Pasukan Bertindak ini," katanya.

Beliau menambah, Pasukan Bertindak Ketiga adalah “ Preparedness Plan for the Big Wave” yang diketuai .

"Saya mahu beberapa orang pegawai kesihatan dari Hospital Umum Sarawak untuk berada di dalam Pasukan Bertindak ini (Pengarah Hospital, Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, Ketua Makmal).

"Saya juga mahu Ahli Farmasi dari Jabatan Kesihatan Sarawak berada di dalam Pasukan Bertindak ini. Dr. Sim Kui Hian akan memutuskan mana?mana pegawai lain yang akan diperlukan untuk dimasukkan dalam Pasukan Bertindak ini," ujarnya.

Beliau menegaskan, Pasukan Bertindak Keempat adalah “Real-time Analysis of Data on COVID-19” untuk mendapatkan data sekerap mungkin dan untuk mencadangkan apa yang perlu dianalisa.

Beliau berkata, Pasukan Bertindak akan membangunkan kapasiti untuk menganalisis data sama ada oleh anggota Pasukan Bertindak atau kita akan mengambil pakar dari luar.

"Secara asasnya, kita perlu tahu apa data yang diperlukan untuk dianalisis dan tindakan segera boleh dilakukan berdasarkan hasil analisis data.

"Saya mahu tindakan kita didasarkan pada sains dan data (evidence based) dan kita tidak boleh berurusan dengan COVID-19 secara membuta tuli. Saya telah melantik
Datu Prof. Dr. Andrew Kiyui untuk mengetuai Pasukan Bertindak ini," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel