Sektor eletronik dan perkhidmatan servis komputer buka
KUCHING: Kerajaan Sarawak mengumumkan beberapa sektor dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 yang bermula esok.
Antara sektor terlibat ialah sektor pembinaan, utiliti, elektronik dan perkhidmatan servis komputer, perbankan dan kewangan, perbankan dan kewangan, sektor pembuatan dan SME, sektor pertanian, kedai peralatan (Hardware) dan mekanik, alat ganti dan membaiki kereta.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah Embas berkata, bagi sektor pembinaan hanya kerja-kerja yang dianggap penting dan memerlukan
ianya dilakukan dengan segera seperti penyelenggaraan
jalan raya dibenarkan.
Katanya, bagaimanapun kontraktor adalah dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja segera seperti menyelenggara dan
membersihkan tapak terbuka dimana ianya boleh
membahayakan dan berpotensi mengancam keselamatan
awam serta berpotensi pembiakan nyamuk Aedes sekiranya terdapat ada takungan.
"Kerja-kerja hanya dibenarkan dua kali seminggu dengan pekerja yang minimum," katanya pada sidang media hari ini.
Uggah berkata, kerja-kerja pembaikan yang melibatkan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik juga dibenarkan.
Selain itu katanya, hanya peniaga dan kedai yang berurusan dengan perkhidmatan dan pembaikan sahaja (tiada jualan) dibenarkan bagi sektoir eletronik dan perkhidmatan servis komputer iaitu dibuka pada hari Rabu dan Jumaat dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang
"Sektor seperti Perbankan Dan Kewangan, Sektor Pembuatan Dan SME, Sektor Pertanian, Kedai Peralatan (Hardware) dan Mekanik, Alat Ganti Dan Membaiki Kereta
Masih kekal dengan pelaksanaan PKP 1 dan PKP 2.