Tidak timbul isu kesihatan penumpang Sarawak


PUTRAJAYA: Tidak timbul isu keselamatan dan kesihatan membabitkan penumpang yang meneruskan perjalanan ke Sarawak dan Sabah.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa memastikan penumpang dari Sarawak dan Sabah Nperlu menjalani kuarantin wajib bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19.

Menurutnya, tidak timbul isu status kesihatan mereka dan sebagainya kerana mereka tetap akan dikuarantin wajib.

"Mereka yang transit lama di Semenanjung dan apabila keluar dari lapangan terbang juga akan dikuarantin termasuk mereka dari Sabah dan Sarawak.

"Jadi, apabila sampai di Sabah dan Sarawak, penumpang itu telah pun dikuarantin di Semenanjung. Jika tidak dikuarantin, mereka akan dikuarantin di Sabah dan Sarawak," katanya pada sidang media hari ini.

Ismail Sabri menegaskan, individu yang mahu melakukan pergerakan antara negeri tidak kira melalui perjalanan darat, udara ataupun air masih perlu menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang sama.

Katanya, penumpang yang menggunakan penerbangan juga SOP sama dengan mereka yang menggunakan jalan darat iaitu kes-kes kecemasan sahaja dibenarkan.

"Misalnya, keluarga sakit atau ada (urusan) yang perlu disegerakan tetapi SOP mesti mendapatkan kebenaran pihak polis untuk membolehkan perjalanan mereka," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel