Wanita lapor polis gara-gara gambar pau hangus

PERAK: SEORANG wanita membuat laporan polis tengah malam semalam gara-gara dihina kerana memuatnaik gambar 'Pau Hangus' bertempat di Balai Polis Pasir Puteh, Ipoh.

Gambar pau hangus pada 21 April lepas dimuatnaik oleh beliau dalam group halaman sosial MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL dan mendapat sindiran dan hinaan oleh netizen.

Menurut wanita itu, tujuan beliau memasukkan gambar pau hangus itu adalah sekadar untuk berkongsi dan bukannya untuk menerima hinaan.

Beberapa komen netizen yang disertakan oleh wanita tersebut yang didakwa mengandungi kata-kata kesat dan hinaan terhadap beliau.

Berikut kecaman dan hinaan yang diterima, wanita terbabit membuat laporan polis jam 1 pagi pada 23 April 2020. Wanita tersebut sempat menyalin beberapa gambar 'screenshot' sebagai bahan bukti.

Rata-rata ramai netizen tidak bersetuju dengan tindakannya membuat laporan polis berhubung dengan isu tersebut.

Wanita itu juga menuntut mereka yang membuat komen secara melulu memohon maaf secara terbuka kepada beliau.

Selepas kekecohan itu berlaku, admin di group MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL menutup ruang komen di group tersebut akibat terlalu banyak komen berbentuk hinaan.

Group MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL ditubuhkan pada minggu lepasndan mendapat sambutan dari warganet dan sehingga kini mencatat lebih 1.3 juta ahli di mana ahlinya berkongsi hantaran masakan yang tidak menjadi.
LihatTutupKomentar
Cancel