140 kenderaan diarah patah balik
KUCHING: Jangan harap cuba untuk meloloskan diri untuk keluar daerah tanpa kebenaran.
Polis Sarawak mengarahkan 140 kenderaan berpatah balik pada dua hari sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Daripada jumlah tersebut 38 kompaun dikeluarkan atas kesalahan cuba merentas daerah tanpa kebenaran.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata pada Hari Raya berkata, pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri sebanyak 101 buah kenderaan telah diarahkan berpatah balik dan 23 kompuan dikeluarkan.
"Semalam sebanyak 39 buah kenderaan diarahkan berpatah balik. Manakala 15 kompaun dikeluarkan," katanya.
Pada hari ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) merekodkan sebanyak 2,510 jumlah permohonan pergerakan antara Daerah telah diterima oleh 28 buah Ibu Pejabat Daerah PDRM seluruh Sarawak menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 66,514 permohonan.
Daripada jumlah kumulatif tersebut, sebanyak 60,904 telah diluluskan dan
5,610 ditolak.
Beliau menegaskan, orang ramai diberi amaran supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan tidak balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai Dayak.
"Kami akan terus mengadakan pemantauanvbagi mengesan jika ada yang berkumpul lebih daripada 20 orang," katanya.