4 lelaki ditangkap main 'holo' di Bau
BAU: Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau menangkap empat lelaki ketika sedang bermain holo di sebuah rumah sewa tidak bernombor, Jalan Mas di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bau,Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata,dalam serbuan jam 8 malam itu, seorang lelaki warga tempatan serta tiga lelaki Indonesia berusia antara 25 hingga 46 tahun berjaya ditangkap.
"Pegawai dan anggota kita turut merampas kong holo berwarna perak, kain dan dadu tertera gambar ayam, ketam, harimau, labu, udang dan ikan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,keempat-empat suspek dibawa ke IPD Bau untuk tindakan selanjut.
"Semakan yang dilakukan keempat-empat tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,"uiarnya.
Kesemua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1963 dan Peraturan 3 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.