8,500 pelajar Sarawak telah dihantar pulang

KUCHING: Seramai 8,500 orang pelajar telah dihantar pulang ke Sarawak.

Menteri Kerja RayaDatuk Seri Fadillah Yusuf berkata, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kerajaan Sarawak melalui Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur dan Sarawak Volunteers telah menggerakkan usaha untuk membawa pulang pelajar Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia, Sabah & W.P. Labuan untuk balik ke Sarawak mulai 1 Mei lalu.

Bagaimanapun katanya, masih terdapat pelajar yang belum dapat balik atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
"Buat para pelajar yang belum balik, inshaAllah kita akan usahakan untuk menghantar mereka pulang sesegera yang mungkin.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha ini terutamanya pihak Malaysia Airlines Berhad, PDRM, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Sarawak State Disaster Management Committee, Angkatan Pertahanan Awam, Malaysia Airports, Jabatan Imigresen Sarawak, Bah. Hal Ehwal Pelajar IPTA & IPTS, UNIMAS, Pejabat Residen dan Daerah serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak," katanya menerusi hantaran dalam facebook hari ini.

Belkiau menasihatkan pelajar agar mematuhi arahan yang telah dikeluarkan pihak berkuasa dan kuarantin diri sehingga tempoh masa yang telah ditetapkan.

"Bersama kita memastikan keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan masyarakat disekeliling kita.

"Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel