Agenda jadi negeri paling maju 2030 diteruskan




KUCHING: Sarawak mempuyai agenda pembangunan bukan sahaja untuk mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi tetapi untuk menjadi negeri yang terkaya dan paling maju menjelang tahun 2030. 

Yang Di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beberapa program khusus untuk mentraformasikan pembangunan luar bandar yang dapat menyambung perjuangan negeri untuk membawa Sarawak kepada taraf yang lebih maju dan progresif untuk faedah bersama.

"Kita bersyukur kerana ramai di kalangan kita telah diberi kepercayaan dalam negeri ini untuk memimpin negeri dan masyarakat.

"Inilah satu kehormatan bagi kita namun harus diingatkan bahawa ini bukan sekadar penghormatan tetapi suatu tanggungjawab untuk bersikap sentiasaa dil dan sentiasa memerhati hak-hak orang Islam dan bukan Islam," katanya dalam Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2020.    

Tun Taib berkata, usaha hendaklah dipertingkatkan lagi untuk membantu rakyat dalam gholongan yang bependapatan rendah supaya mereka dapat mengikut jejak langkah mara ke hadapan dengan kemajuan negara yang semakin lebih maju.

"Kita mesti mengelak keadan di mana ada segolongan rakyat yang kekal ketinggalan daripada arus pembangunan. 

Beliau menambahm Sarawak telkah berubah daripada negeri yang paling mundur dalam tahun 60an dan 70an dan kini telah menjadi negeri yang paling progresif dan maju.

Menurutnya, pembangunan ekonomi negeri Sarawak bukan sahaja makin aktif dan moden dalam negara bahkan dalam rantau ini.

"Pada suatu ketika ekonomi negeri Sarawak, mempunyai per kapita RM4,000 sahaja dan dewasa ini telah melonjak kepada lebih RM40,000 iaitu lebih 10 kali ganda pertambahannya," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel