Bank Rakyat tawar pembiayaan khas sehingga RM300,000 bantu usahawan PKS

KUCHING:Bank Rakyat mengambil langkah proaktif dalam membantu individu dan perniagaan yang terjejas daripada kesan ekonomi akibat pandemik koronavirus (Covid-19) yang berterusan dengan
menawarkan pelbagai bantuan kewangan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Bank Rakyat menawarkan pembiayaan khas sehingga RM300,000 untuk
membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan koperasi
serta RM50,000 untuk pembiayaan mikro bagi tempoh 69 bulan dengan
penangguhan bayaran pembiayaan selama sembilan bulan.

"Di samping itu, Bank Rakyat turut menawarkan pembiayaan keseluruhan
berjumlah RM50 juta untuk usahawan wanita melalui pakej Biz Lady. 

"Program khas ini membantu usahawan wanita mengurangkan masalah aliran wang tunai jangka pendek dan mengekalkan kelangsungan perniagaan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kempen itu diharap dapat membantu usahawan dan koperasi mengekalkan kesinambungan perniagaan masing-masing dan dapat melonjakkan semula ekonomi negara sepanjang tempoh yang mencabar semasa Covid-19.

"Bank Rakyat turut menawarkan kempen ‘Kami Bersama Anda’ yang bermula
sejak 24 April sehingga 30 Jun 2020. Kempen ini menawarkan Pembiayaan
Peribadi-i dengan jumlah pembiayaan sehingga RM200,000 dengan kadar
keuntungan serendah 2.78 peratus setahun bagi tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.

"Sekiranya pelanggan mempunyai barang kemas dan memerlukan wang tunai segera, Bank Rakyat turut menawarkan Pajak Gadai-i Ar-Rahnu dengan jumlah pembiayaan sehingga RM350,000, margin pembiayaan sehingga 80 peratus bagi tempoh pembiayaan sehingga 18 bulan,"ujarnya.

Beliau berkata,sekiranya pelanggan mahu membeli barang keperluan harian dan menyediakan persiapan untuk musim raya yang akan datang, gunalah Kad Kredit-i atau Kad Debit-i Bank Rakyat dan berpeluang memenangi hadiah terkumpul pulangan
tunai sehingga RM30,000 melalui transaksi dalam talian.

"Malah sekiranya orang ramai berhasrat untuk menyalurkan duit ke ibu bapa di
kampung, anda boleh menggunakan aplikasi DuitNow di iRakyat dan berpeluang memenangi hadiah terkumpul sehingga RM24,000,"jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Bank Rakyat dan e-mel ke
telerakyat@bankrakyat.com.my dengan butiran anda untuk tindakan selanjutnya atau hubungi tele-Rakyat di 1-300-80-5454 untuk bantuan.
LihatTutupKomentar
Cancel