Bekas guru besar dipenjara 3 tahun, denda RM430,950

KUCHING: Bekas Guru Besar, SK Tan Sri Dr Sulaiman Daud (SK Gita No 2) dipenjara tiga tahun penjara dan denda RM430,950 kerana dituduh melakukan kesalahan rasuah di Mahkamah Tinggi, Kuching hari ini.

Ismail Idris didakwa melakukan melakukan kesalahan rasuah di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Hakim Datuk Supang Lian membenarkan tertuduh membuat rayuan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya TPR Nur Nisla Binti Abd Latif dan tertuduh diwakili Azmi & Advocates

Mengikut kronologi kes pada 20.6.2016, satu pelantikan Jawatankuasa Sebutharga Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Sekolah Tan Sri Dr Sulaiman Daud (SK Gita No 2) telah dibuat oleh tertuduh (Ismail Bin Idris) bagi melantik pembekal RMT untuk tempoh Julai 2016 hingga November 2016. 

Mesyuarat Jawatankuasa Pemutus telah diadakan pada 24. 6.2016 di pejabat Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuching. 

Hasil mesyuarat, semua AJK Pemutus yang dilantik telah memilih Mazuri Katering sebagai pembekal RMT yang baharu mulai 1.07.2016 hingga 25.11.2016. 

Sebelum pemilihan Mazuri Katering sebagai pembekal RMT yang baharu, pada lebih kurang pertengahan Jun 2016, tertuduh telah menghubungi pemilik Mazuri Katering, suami dan berjumpa isteri (pemilik katering) untuk berbincang bagi mengambil alih pembekalan RMT supaya dilaksanakan oleh isteri beliau. 

Tertuduh telah menawarkan 5% keuntungan kepada Mazuri Katering dan isteri pemilik katering terpaksa akur kerana tender kantin bergantung kepada tertuduh.

Beliau juga menjanjikan projek RMT 2017 akan diberikan kepada Mazuri Katering.
LihatTutupKomentar
Cancel