Berita palsu tular di Miri, KKMM



KUALA LUMPUR, 10 Mei -- Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.

1. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Sarawak menafikan dakwaan sebuah artikel berbahasa Cina bahawa penduduk di Desa Pujut masih belum menerima penutup hidung dan mulut serta terdapat penyelewengan dalam pengagihan barangan itu di Miri.

JPBB Miri menjelaskan pengagihan di Miri bermula dari 25 April dan sebanyak 1,182 penutup hidung dan mulut telah diagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di Desa Pujut 1 manakala KIR di Desa Pujut 2 menerima agihan 1,537 keping.

Menurut JPBB, agihan kepada penduduk Bandar Raya Miri masih dijalankan dan sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke Bilik Operasi Bencana Bahagian Miri di talian 085-322737 atau Majlis Bandaraya Miri di talian 085-433501.

2. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor menafikan Econsave Taman Daya Johor Bahru ditutup kerana terdapat kes positif COVID-19 seperti yang tular di media sosial. JKNJ menjelaskan premis Econsave itu sepatutnya ditutup bagi tempoh 6 hingga 19 Mei 2020 untuk kerja-kerja pembersihan namun telah dibuka semula pada 7 Mei 2020 setelah kerja pembersihan berjaya dilaksanakan dengan sempurna.   

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel