Covid Trace, Qmmunity - Sarawak lawan COVID-19

KUCHING: Rakyat Sarawak tidak perlu risau apabila aplikasi khas iaitu aplikasi ‘Covid Trace Sarawak’ dan ‘Qmmunity’ dibangunkan untuk menyimpan data peribadi pengguna.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg, selain itu aplikasi ‘Covid Trace’ sangat berguna dalam menangani penularan Covid-19 apabila ia berkesan dalam menjejaki pesakit positif dan kontak-kontak rapat pesakit.

“Kita tidak mengetahui bagi mana-mana rakyat yang telah kembali ke Sarawak baru-baru ini, mereka telah berada di mana-mana dalam Sarawak, dan kita tidak tahu bahawa mereka ini dijangkiti ataupun tidak kerana tidak mempunyai rekod sejarah (dimana mereka telah berada).

“Oleh itu kita harus menjejaki mereka dengan menggunakan aplikasi ini dimana data mereka telah direkodkan didalam pengurusan aplikasi ini yang telah diimbas melalui kod QR, sekaligus data mereka telah diperoleh daripada aplikasi ini," katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Aplikasi ‘Covid Trace’ hari ini.

Abang Johari berkata, aplikasi ini sangat penting kerana ia memudahkan pihak kerajaan menjejaki pesakit yang positif sekaligus dapat memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Beliau berkata, aplikasi Qmmunity sangat selamat kepada penggunanya dimana sesetengah rakyat tidak mahu data peribadi mereka didedahkan khususnya nombor telefon.

“Aplikasi Qmmunity ini memainkan peranan dimana ia menyimpan data di pusatnya, yang hanya dapat diakses oleh pengurusan aplikasi ini.

“Tujuan aplikasi ini ada untuk premis-premis perniagaan, dimana kebiasaan kita apabila memasuki premis perniagaan, pematuhan SOP amatlah perlu seperti menulis data atau maklumat peribadi seperti nama dan nombor telefon didalam buku log premis.

“Namun kebanyakan pengguna tidak mahu maklumat mereka didedahkan terutamanya nombor telefon, namun anda terpaksa memasukkan maklumat itu.

“Dengan hanya mengimbas kod QR di aplikasi ini, semua data anda disimpan dan tidak ada sesiapa yang tahu nombor telefon anda,” katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel