Cubaan dua lelaki seludup minyak diesel gagal

KUCHING:Cubaan dua lelaki menyeludup minyak diesel gagal apabila ditangkap Unit Risikan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak, tengah hari tadi.

Tangkapan dua lelaki tempatan berusia 34 dan 50 tahun itu dilakukan dalam Op Benteng COVID-19 di Jalan Setia Raja,Tabuan Jaya, di sini, jam 2.10 petang.

Komander PPM Wilayah 5 Sarawak,ACP Shamsol Kassim berkata, pihaknya merampas lori tangki Toyota Hino dan tangki berisi minyak diesel anggaran 1,428.57 liter dengan jumlah rampasan bernilai RM 104,000.

"Anggota kita membuat pemeriksaan ke atas sebuah lori yang mencurigakan dipandu seorang lelaki dan pekerja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,hasil pemeriksaan pihaknya menjumpai dua tangki minyak warna putih yang berisi minyak diesel.

"Pemandu lori dan pekerja tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah berkenaan bahan api itu.

"Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan,"ujarnya.

Katanya,barang kes dan suspek dibawa ke Markas PPM Wilayah 5 Sarawak untuk urusan dokumentasi, kes diserahkan kepada pihak KPDNHEP untuk tindakan lanjut.
LihatTutupKomentar
Cancel