Dua lelaki pengedar dadah diberkas

KUCHING: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah(BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Padawan memberkas dua lelaki dipercayai pengedar dadah,semalam.

Kedua-dua mereka yang berusia 24 dan 31 ditangkap di rumah sewa mereka di Pusat Komersil Cinmuk, Kota Sentosa, jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata,hasil pemeriksaan yang dilakukan, pihaknya menemui dadah jenis syabu seberat kira-kira 5.20 gram 
di atas tilam bilik sewa terbabit.

"Hasil semakan yang dilakukan kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan dan dadah terbabit dirampas untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
LihatTutupKomentar
Cancel