Jalan tikus lubuk kegiatan haram

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing berkata, wujud jalan tikus yang menghubungkan aktiviti perniagaan haram antara warga tempatan dengan rakyat Indonesia.

Menurutnya, ia terbukti susukan penemuan kes penyeludupan syabu yang dijalankan penduduk tempatan di kawasan sempadan di Tebedu baru-baru ini.

"Mungkin berlaku kes penyeludupan dadah di sempadan melibatkan penduduk tempatan dan penduduk luar. Justeru ia perlu ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa supaya tidak berulang," katanya dalam kenyataan media.

Masing berkata, Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong dan pasukannnya telah mengadakan lawatan dari Bahagian Kapit ke PGA di Long Singut, Baleh berhampiran dengan sempadan Indonesia dua mingggu lalu.

Katanya, mereka dalam lawatan tersebut telah bertemu dengan kira-kira 10 warga Indonesia di hutan di sebelah Sarawak.

"Mereka datang ke Sarawak menggunakan laluan yang sama sepanjang tempoh bertahun-tahun," katanya.

Masih menegaskan, Kerajaan Sarawak menubuhkan pamgkalan khas bagi mengelak pencerobohan daripada terus berlaku pada masa akan datang.
LihatTutupKomentar
Cancel