Kilang proses mangkuk tandas di Jalan Oya Lama terbakar
SIBU:Kilang Sanitary Ware Sdn Bhd, sebuah kilang memproses mangkuk tandas di Jalan Oya Lama,di sini, terbakar di bahagian atas dan bawah bangunan,awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 1.38 pagi.
"Anggaran keluasan bangunan adalah 450 x 200 kaki persegi manakala kawasan yang terbakar dianggarkan 50 x 50 kaki persegi.
"Struktur bangunan jenis kekal dua tingkat ini telah terbakar 30 peratus,"katanya di sini hari ini.
Katanya,maklumat daripada pekerja kilang menyatakan bahagian atas kilang dijadikan sebagai rumah burung walit.
"Bahagian bawah adalah tempat untuk memproses mangkuk tandas dan tempat penyimpanan stok.
"Operasi memadamkan api tamat sepenuhnya pada jam 5.50 pagi,"ujarnya.
Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sungai Merah dan BBP Sibu telah digerakkan ke lokasi kejadian.