Kuasai pembelajaran maya-Kadim

KUCHING: Guru dan pensyarah tidak boleh lagi bergantung kepada pengajaran secara bersemuka sebaliknya menguasai pembelajaran secara maya.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak(Unimas) Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, namun kaedah pembelajaran secara maya sukar dilaksanakan dengan kesukaran rangkaian internet yang masih dialami di kawasan luar bandar khasnya pedalaman Sarawak.

"Dengan kemajuan teknologi hari ini golongan guru dan pensyarah tidak boleh lagi bergantung kepada kasdah pengajaran secara bersemuka.

"Dengan ada rangkaian internet yang baik pembelajaran secara maya boleh dipraktik hari ini,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun,katanya,masalah yang dihadapk ialah kesukaran akses internet di kawasan luar bandar dan pedalaman yang masih menjadi cabaran.

"Pendidikan yang berkualiti perlu menjadi fokus utama dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti,"ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel