Kunjungan Hari Pertama Sahaja

KUCHING: Hari Raya Aidilfitri 2020 disambut dengan normal baharu dengan tiada lagi rumah terbuka yang menjadi kebiasaan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga tidak mengadakan rumah terbuka untuk rakyat yang menjadi kebiasaan sebelum ini.

Malah, Ketua Menteri tidak terkecuali daripada peraturan yang ditetapkan apabila menunaikan solat sunat Aidilfitri di kediamannya bersama ahli keluarga dengan penjarakan sosial.

Dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri Abang Johari berkata, suasana Hari Raya Aidilfitri tahun ini berbeza kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, orang ramai tidak dibenarkan ke masjid untuk bertakbir dan sembahyang Sunat Aidilfitri.

Katanya, tidak digalakkan untuk menziarahi sanak-saudara dan keluarga secara beramai-ramai serta hanya dibenarkan pada hari pertama sahaja.

"Malah penganjuran rumah terbuka juga tidak dibenarkan serta mematuhi SOP dan menjaga jarak sosial," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel