Lelaki diberkas miliki lima pasport Indonesia
TEBEDU:Kompeni B Batalion 11,Pasukan Gerakan Am(PGA) Batu Kawa memberkas seorang lelaki kerana memiliki lima keping pasport Indonesia, pagi tadi.
Lelaki tempatan berusia 54 tahun beralamat di Taman Sepakat Jaya,Demak Laut, diberkas jam 10.30 pagi di kawasan letak kereta hadapan Kedai Mohamad,Tebedu.
Pegawai Pemerintah Batalion 11, Superintenden Rosdi Inai berkata, ketika membuat rondaan pegawai kanan dan lima anggota PGA buat rondaan di sekitar sempadan telah menahan sebuah kereta Perodua Kancil dalam keadaan mencurigakan.
"Setelah diperiksa telah menjumpai satu bungkusan yang mencurigakan di sebelah tempat duduk hadapan pemandu.
"Hasil pemeriksaan didapati lima keping pasport milik rakyat Indonesia ditemui,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, pihaknya telah merampas lima keping pasport Indonesia berkenaan serta kereta yang digunakan suspek.
"Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 5,000,kesalahan disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Pasport 1966.
"Suspek telah diserahkan kepada pihak
Balai Polis Tebedu untuk tindakan lanjut,"katanya.