Lelaki miliki 21 rekod kes jenayah dan dadah diberkas


KUCHING: Dua lelaki yang masing-masing  mempunyai sebanyak 21 rekod dan lapan rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah diberkas kerana melanggar  sekatan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan memiliki dadah awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komosioner Awang Din Awang Gani berkata,ketika membuat rondaan dan pemantauan di sekitar Jalan Tawi Sli, di sini, jam 1 pagi,sepasukan pegawai dan anggota Polis Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching  
terserempak dengan sebuah kereta jenis Naza Citra yang dinaiki oleh dua orang lelaki di tepi jalan dan dalam keadaan lampu kereta tidak dihidupkan serta dalam keadaan mencurigakan. 

Menurutnya,apabila pihak polis mengarahkan suspek untuk berhenti suspek sebaliknya terus memecut laju melarikan diri. 

"Dengan kerjasama beberapa kereta MPV telah mengejar suspek dan berjaya dihalang di lorong Hup Kee Kuching. 

"Kedua-dua suspek cuba melarikan diri, namun dengan kepantasan dan kecekapan anggota MPV berjaya menangkap kedua-dua mereka yang merupakan lelaki warga tempatan berusia 23 dan 29 tahun,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,pemeriksaan tubuh badan ke atas kedua-dua suspek telah menjumpai  paket lutsinar berisi ketulan dadah dipercayai jenis Methaphetamine di dalam poket seluar suspek pertama . 

"Hasil soal siasat mendapati kedua-dua suspek semasa ditangkap telah langgar sekatan POCA di bawah pemantauan  IPD Padawan dan kenderaan yang digunakan dipinjam daripada kawan suspek,"ujarnya.

Beliau berkata,kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun jika sabit kesalahan dan Sek 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100 , 000 atau hukuman penjara tidak lebih dari lima tahun atau kedua-duanya.
LihatTutupKomentar
Cancel