Lelaki teman wanita bakar bilik suspek kes pecah rumah
KOTA SAMARAHAN: Lelaki dan wanita warga Filipina yang bertindak membakar kotak di dalam bilik dan mengunci pintu dari dalam di belakang Warung 2000 di sini,petang semalam, ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti kes pecah rumah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Samarahan,Asisten Superintendan Rafhan Kepli berkata,terdapat barang kes yang telah dirampas oleh pihak polis yang dipercayai merupakan barang hasil pecah rumah yang di lakukan oleh suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu.
"Beberapa orang pengadu kes pecah rumah yang dilaporkan akan dipanggil untuk membuat pengecaman barang kes bagi membantu siasatan.
"Buat masa ini suspek ditangkap bersabit kes pecah kedai kecantikan yang berlaku di Kawasan Desa Ilmu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya,kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
"Suspek perempuan didapati telah tinggal melebihi tempoh masa di negara ini dan di siasat di Bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,"ujarnya.
Kes masih lagi dalam siasatan pihak polis.