Mulai esok bayar parkir - MBM

MIRI: Majlis Bandaraya Miri akan mengenakan bayaran parkir semula mulai esok, 13 Mei.

Datuk Bandar Miri Adam Yii menerusi hantaran Facebook hari ini berkata, pengguna digalakkan menggunakan aplikasi parkir telefon bimbit untuk keselesaan.

“Bagi mereka yang membeli kupon parkir bulanan yang sah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sila hubungi pejabat parkir di talian 085 418734 di Aras 3 MBM.”

“Kita akan perbaharui tempoh lanjutan kupon parkir berkenaan. Apabila selesai, pejabat akan menghubungi pemilik untuk mengambil kupon baharu, mereka tidak perlu menunggu dan berbaris di MBM,” katanya.

Yii menambah, ia lebih menjimatkan masa dan paling penting dapat menjaga keselamatan pelanggan.
LihatTutupKomentar
Cancel