Orang kampung selamatkan anak beruang
MIRI:Anak beruang matahari berusia dua minggu yang ditemui seorang penduduk di Long Liwok, Sg Layun Ulu Baram, semalam, diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry Corporation(SFC).
Penduduk kampung terbabit telah berjumpa dan mendapatkan nasihat Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Telang Usan,Dennis Ngau berhubung penemuan itu yang kemudiannya menasihatkan dia agar menyerahkan anak beruang matahari itu kepada SFC
Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton berterima kasih kepada Dennis Ngau atas keprihatinan dan bantuan dalam kesedaran mengenai haiwan terlindung.
Pada hari yang sama, seorang lagi penduduk yang juga berasal dari Miri telah menyerahkan Green Iguana yang tersenarai sebagai spesis flora dan fauna liar terancam ke SFC yang ditemuinya di tepi jalan berhampiran kawasan Piasau.
Kedua-dua hidupan liar itu kini disimpan di Sanktuari Alam Piasau.
"Kita berterima kasih kepada penduduk Miri kerana sedar akan tanggungjawab mereka dalam memulihara hidupan liar,"ujarnya.
Individu yang memburu, membunuh, menangkap, menjual atau memiliki haiwan yang dilindungi tanpa izin dari
Pengawal Kehidupan Liar adalah kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga satu tahun dan denda RM10,000.