Pemandu Mabuk : Mendidik lebih baik dari menghukum, PAS Sarawak

KUCHUING: PAS Sarawak mencadangkan kerajaan memperketatkan garis panduan kepada pusat hiburan, hotel atau premis tertentu yang menghidangkan arak untuk membuat Breath Testing (BT) samaada dengan alatan berteknologi yang boleh menyemak Blood Alcohol Concentration (BAC) di pintu masuk dan keluar premis. 

Ketua Penerangan PAS Sarawak Zharudin Narudin berkata, Random BT di jalan utama oleh pihak polis dilihat lebih menyusahkan anggota keselamatan dan melibatkan kos serta masa.

Menurutnya, kerajaan perlu menarik lesen perniagaan dan operasi premis untuk tidak dibenarkan membukanya lagi sekiranya gagal untuk mematuhi garis panduan ditetapkan,

"Sekiranya pemandu mabuk yang disabit kesalahan sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian, lesen premis di mana individu tersebut meminum arak dibatalkan serta tidak diberi untuk selama-lamanya," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu menurunkan Blood Alcohol Concentration kepada yang lebih rendah (0.08% sedia ada) untuk mengurangkan risiko pemanduan berbahaya dan membawa maut.

Menurutnya, dengan menurunkan level BAC ini sudah tentu kawalan awal untuk tidak membenarkan pemandu mabuk untuk membawa kenderaan dapat diatasi dengan lebih meluas. 

"World Health Organization (WHO) meletakkan piawaian ambang BAC pada tahap 0.05%," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga harus mewajibkan iklan bahaya pemanduan mabuk di premis yang menghidangkan arak sebagai syarat dalam pelesenan premis untuk terus memberi kesedaran kepada orang awam.

Katanya, kajian ilmiah menunjukan mendidik lebih berkesan daripada menghukum kerana hukuman bukan sahaja tidak berkesan kepada pemandu mabuk untuk tidak mengulanginya lagi dan mewujudkan kes baru, malah akan timbul pula kriminogenik, membawa kepada tahap recidivism yang lebih tinggi.

Selain itu katanya, mewujudkan penggunaan alat pencucuh interlock atau "interlock iginition" di antara pelaku kesalahan berulang kerana alat ini terbukti sangat berkesan untuk mencegah pemanduan minuman semasa dipasang. 

Beliau menambah cadangan tersebut adalah hasil penelitian kepada kajian ilmiah di seluruh dunia kepada isu pemanduan mabuk serta implementasi kepada kaedah penyelesaiaan pemandu mabuk oleh negara-negara maju.

"PAS Sarawak amat berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan solusi mampan oleh kerajaan.

"Selain itu, PAS mohon agar rakyat Sarawak tidak salah faham berkanaan isu ini dan jangan mendengar suara yang menghasut agar ketegangan kaum terjadi.

"Rakyat juga boleh menilai sekiranya pihak yang mengapi-apikan isu pemandu mabuk ini ada mengeluarkan cadangan atau sekadar hanya menyediakan ruang untuk kebencian berlaku," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel