Polis Marin rampas arak, rokok seludup bernilai RM 79,728 di Bintangor
SARIKEI: Unit Risikan Pasukan Polis Marin(PPM) Wilayah 5 Sarikei merampas arak dan rokok seludup dianggarkan bernilai RM 79,728 dalam Op Landai COVID-19 Jumaat lalu.
Komander PPM Wilayah 5,ACP Shamsol Kassim berkata, seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun ditangkap di sebuah rumah kediaman di Bintangor,di sini, jam 11.30 pagi.
"Pegawai dan anggota kita membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah.
"Hasil serbuan dan pemeriksaan pelbagai jenis minuman keras dan rokok tiada tanda pembayaran cukai Kastam.
"Suspek juga gagal memgemukakan sebarang dokumen berkaitan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, pasukan operasi telah menahan suspek dan merampas semua minum keras dan rokok serta dibawa ke Balai Polis Bintangor untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.