Pustaka Negeri wujudkan protokol untuk pelanggan


KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak menghasilkan panduan protokol pelawat yang harus dipatuhi oleh pengguna dan masyarakat umum sebelum memasuki premis Pustaka.

Ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa semua pelawat, pembekal dan kakitangan Pustaka dikehendaki mendaftar sebelum memasuki premis Pustaka Negeri Sarawak dan mana-mana cawangannya.

Program ini dinamakan Protokol Penjagaan Pelawat. 

Pengunjung, pembekal dan kakitangan digalakkan memasang aplikasi kod QR untuk mengisi maklumat mereka sebelum memasuki premis Pustaka.

Penggunaan kod QR akan menggantikan penggunaan pen bagi mencegah penyebaran virus Covid-19.

Kod QR ini bertujuan untuk mengesan kenalan jika berlaku penyebaran virus Covid-19 di premis Pustaka atau mana-mana cawangan.
LihatTutupKomentar
Cancel