Sarawak catatkan kosong Covid-19
KUCHING: Sarawak mencatatkan tiada kes positif COVID-19 pada hari kelima menjadikan kes kekal 544 kes secara keseluruhan.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah berkata, seramai dua kes baharu telah sembuh dan discaj dari hospital.
Menurutnya, daripada dua kes tersebut, satu kes masing-masing adalah dari Hospital Umum Sarawak dan Hospital Sibu.
"Jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj ialah seramai 437 kes atau 80.33%," katanya pada sidang media harian COVID-19 hari ini.
Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, seramai 31 PUI baru dilaporkan dan seramai 26 kes masih menunggu keputusan makmal.
Beliau berkata, daripada 544 kes positif, sebanyak 21 kes adalah kes import dari luar negara (10 kes dari Indonesia, 4 kes dari England, dan satu kes masing-masing dari Belanda, Itali, Arab Saudi, Rusia, Amerika Syarikat, Singapura dan Negara Brunei Darussalam).
Menurutnya, sebanyak 49 kes adalah kes import dari Negeri lain di Malaysia ke
Sarawak di mana 39 kes berasal dari Cluster Seri Petaling di Wilayah
"Kuala Lumpur termasuk 7 di Debak, Betong. Untuk Kluster Kuching Conference, sebanyak 68 kes (daripada 190 kes) adalah dikesan di luar Kuching, termasuk 55 kes dari Samarahan, 9 kes dari Serian, 2 kes dari Miri dan satu kes masing-masing dari Sri Aman dan Bintulu," katanya.