Sekatan jalan raya diperketat, elak orang ramai langgar PKPB
KUCHING:Masyarakat di Sarawak dinasihatkan supaya mematuhi peraturan dan arahan yang dikeluarkan dengan tidak balik ke kampung halaman masing-masing menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Gawai berikutan wabak COVID-19 yang masih menular.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata,masyarakat harus menerima hakikat perbezaan sambutan perayaan kali ini kesan COVID-19.
"Pihak polis akan memastikan masyarakat merayakan perayaan dalam suasana yang aman dan damai.
"Kita tidak akan mengambil mudah perkara yang berkaitan dengan keselamatan masyarakat,"katanya dalam perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri dan Gawai 2020 hari ini.
Menjelas lanjut,katanya,pihaknya akan memperketat Sekatan Jalan Raya(SJR) sempena Hari Raya dan Gawai.
"Ini bagi sebagai langkah mengelak orang ramai tidak pulang ke kampung dan patuh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB)
"Lupakanlah seketika tradisi balik kampung pada musim perayaan seketika dalam usaha kita memutuskan sepenuhnya rantaian COVID-19,"tegasnya.