Sorok dadah dalam bungkusan suratkhabar

SIBU: Cubaan seorang lelaki menyorok dadah yang dibalut di dalam suratkhabar dan diletak di dalam plastik hitam di bawah tong pemanggang gagal mengaburi pihak polis.

Hasil pemeriksaan pihak polis berjaya
menjumpai dua paket plastik lutsinar berisi pepejal kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat kasar 31.9 gram (g) yang disembunyikan suspek.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata,sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Narkotik Sibu menangkap suspek berusia 41 tahun itu berhampiran sebuah bengkel di Lorong 9, Jalan Lanang, di sini, jam 12.30 tengah hari ini.

"Suspek ditangkap kerana terlibat 
dalam kegiatan penyalahgunaan dadah,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Merah untuk tindakan selanjutnya.

"Semakan yang dilakukan juga mendapati suspek memiliki empat rekod jenayah lampau narkotik.

"Permohonan reman akan dibuat di Makhamah Sibu pada esok hari,"katanya. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
LihatTutupKomentar
Cancel