Surau Darul Dakwah hulur bantuan

BETONG: Golongan Asnaf dan Saudara Baru (Mualaf) merupakan sasaran bagi sumbangan Ramadhan Food Basket anjuran JKP Surau Darul Dakwah Kampung Tengah Betong. 

Sumbangan berupa makanan asas itu memberi manfaat kepada 29 penerima daripada golongan terbabit yang tersenarai sebagai warga Kampung tersebut.
Jurucakap program, Abang Nurjayadi Abang Kushairi memberitahu Ramadhan Food Basket merupakan sumbangan berupa barangan makanan asas yang diberikan bagi membantu golongan terbabit yang terkesan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) akibat pandemik Covid-19.

Sumbangan ini merupakan kesinambungan daripada bantuan kepada penduduk di Kampung berkenaan oleh JKP Surau berkenaan.

"Ini merupakan inisiatif kedua daripada JKP Surau Darul Dakwah yang memberi bantuan kepada golongan terpilih dimana bantuan pertama telah diagihkan kepada semua penduduk Kampung Tengah Betong pada awal pelaksanaan PKP yang lalu.

"Namun atas inisiatif membantu golongan ini kami sekali lagi sebulat suara menyediakan bantuan agar sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang memerlukan," katanya yang merupakan Setiausaha jawatankuasa terbabit.

Dalam pada itu, Penghulu Kampung Melayu Betong, Abang Zawawie Rajit menyambut baik perancangan JKP berkenaan yang amat prihatin.

"Saya amat berterima kasih kepada JKP Surau Darul Dakwah yang begitu prihatin dan membantu penduduk Kampung yang terkesan dengan pandemik Covid-19 selain pelaksanaan PKP yang masih dilanjutkan.

"Disamping itu juga aktiviti ini adalah salah satu aktiviti yang dirancang sebagai pengisian bersempena bulan Ramadan pada tahun ini," jelasnya.
LihatTutupKomentar
Cancel