Tiada kes baharu hari ini
KUCHING: Sarawak merekodkan tiada kes baharu positif COVID-19 dilaporkan haru ini.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, secara keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak setakat hari ini kekal sebanyak 552 kes.
Menurutnya, terdapat 13 kes baru yang telah sembuh dan discaj dari hospital dilaporkan pada hari ini.
"Kesemua (13) kes telah sembuh dan discaj tersebut adalah dari Hospital Umum Sarawak.
"Setakat hari ini, jumlah keseluruhan kes postif COVID-19 yang telah sembuh dan
discaj ialah seramai 499 orang atau 90.40%," katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau berkata, seramai 72 PUI baru dilaporkan dan seramai 428 (termasuk 339 PUS dBelawai) kes masih menunggu ujian makmal.