Tiada lagi salam, peluk cium sambut perayaan

KUCHING: Amalan bersalaman dan peluk cium ketika bertemu sanak-saudara dan sahabat handai pada musim perayaan perlu dielak bagi mengekang penularan COVID-19,

Selain menetapkan penjarakan sosial, tuan rumah juga memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi ketika menerima pelawat ke rumah.

Majlis Keselamatan Negara dalam kenyataan, kelaziman baharu had masa kunjungan bagi setiap tetamu tidak boleh melebihi 60 minit.

"Bagi Takbir Hari Raya hanya untuk ahli keluarga terdekat dalam rumah sahaja dengan memastijan penjarakan sosial.

"Tuan rumah tidak boleh bersalaman dan bersentuhan semasa edaran Duit Raya," katanya.

Kebiasaan-kebiasaan baharu (normal baharu) termasuklah dalam Sambutan Hari Perayaan dan memerlukan masa untuk dibudayakan seperti Sambutan Hari Raya Aidilfitri (24 Mei 2020) / Pesta Kaamatan (30 Mei 2020) / Hari Gawai (1 Jun 2020).

Beliau berkata, sambutan hanya dalam kalangan unit keluarga yang berada di dalam rumah dan jiran-jiran berdekatan sahaja iaitu tidak melebihi 20 orang bagi setiap hari.

Menurutnya, setiap ketua keluarga / individu hendaklah memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter serta mengelakkan daripada 3C iaitu bersesak (crowded area), ruang rapat/tertutup (confined area) dan juga perbualan dalam jarak yang 
dekat (close conversation.

Dalam itu katanya, perjalanan dalam negeri merentas daerah dibenarkan untuk
perkara – perkara yang dibenarkan dalam peraturan seperti untuk pergi balik kerja, mendapatkan keperluan makanan & perubatan dan untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Bagaimanapun katanya, perjalanan antara Bahagian di Negeri Sarawak adalah tidak dibenarkan.

"Perjalanan merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan adalah tidak dibenarkan. 

"Perjalanan merentas Bahagian di Sarawak untuk menyambut Hari Gawai adalah tidak dibenarkan," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel