Tranformasi pembangunan luar bandar

KUCHING: Kerajaan negeri sedang dan akan terus melaksanakan mentransformasikan pembangunan luar bandar untuk membawa Sarawak kepada taraf yang lebih maju dan progresif untuk faedah bersama.

Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Seri Sri Abdul Taib Mahmud berkata, usaha untuk mentranformasikan kawasan luar bandar sedang giat dilaksanakan dengan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air, elektrik, kemudahan kesihatan dan pendidikan.

Menurutnya, kemudahan asas ini amat diperlukan untuk meanrik aktiviti ekonomi seperti industri asas tani perladanagan komersial dan pelancongan.

"Selain daripada itru kerajaan juga telah merancangkan pembangunan beberapa buah pusat pertumbuhan desa (RGC) sebagai salah satu strategi untuk memperkasakan transformasi luar bandar.

"Dalam kontek ini penyedaan kemudahan asas di setiap RGC amat diperlukan untuk menyokong aktiviti ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat," katanya paa Perutusan Khas Hari Gawai Dayak..

Tun Taib berkata, kerajaan sedang menbuat insiatuf untuk menggalakkan sektor swasta untuk turut melabur di kawasan luar bandar yang tentu sekali akan dapat membangun potensi ekonomi seperti Tanjung Manis, Bakun, Murun, Tunoh, Baram, Sematan dan Merapok.

Menurutnya, langkah tersebut akan memberi impak yang positif kepada masyarakat tempatan dari segi peluang perniagaan dan pekerjaan.

"Saya yakin tranformasi luar bandar akan merapatkan jurang pembangunan di antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar.

"Walaupun negara kita sudahpun bertambah makmur hasil daripada pembangunan yang berterusan, kita belum lagi menggunakan sepenuhnya kekayaan yang ada dalam negeri ini.

"Seperti yang kita sedia maklun, kekayaan yang ada dalam negeri in. Seperti yang kita sedia maklum kekayaan yang paling besar di negeri ni ialah tanah yang luas sekali dan bidang pertanian yang berkaitan dengannya.
 
"Oleh sebab itu, kita mesti berusaha mencari usaha bagaimana tanah Sarawak yang luas inui boleh digunakan untuk mewujudkan bentuk pekerjaan baharu, memperbanyakkan peluang perniagaan untuk rakyhat khus luar bandar," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel