UTC Sibu mula dibuka

SIBU: Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Sibu beroperasi semula hari ini selepas tutup operasi sejak 18 Mac lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun kaunter untuk agensi sahaja dibuka mulai dari jam 8 pagi hingga jam 4 petang.

Antara kanuter agensi kerajaan ialah Majlis Perbandaran Sibu, Sesco, Lembaga Air Sibu dan Pejabat Daerah.

Bagaimanapun, kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ), Jabatan Imigressen, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Klinik Kesihatan UTC Sibu masih ditutup.

Orang ramai yang berurusan dengan agensi terlibat perlu mengikut arahan yang ditetapkan bagi mengelak penularan COVID-19.
LihatTutupKomentar
Cancel