Warga asing diberkas miliki Syabu

BINTULU: Warga asing yang ditahan berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah premis di Jalan Masjid, di sini, pagi tadi, ditangkap kerana memiliki dadah jenis Syabu. 

Tangkapan suspek berusia 23 tahun itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Bintulu jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superitendan Zulkipli Suhaili berkata, pemeriksaan yang dijalankan ke atas suspek menemui 10 keratan tiub straw lutsinar berwarna kemerahan yang mana dalamnya berisi ketulan-ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 5.1 gram.

"Dadah dengan anggaran nilai RM800 itu diletakkan dalam beg duit milik suspek.

 "Ujian saringan air kencing yang dijalankan suspek negatif mengambil sebarang jenis dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek ditahan di bawah Seksyen 39A (1)Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
LihatTutupKomentar
Cancel