Berat badan cecah 280kg angkara COVID-19

WUHAN: Dalam beberapa bulan selepas dikurung akibat penularan COVID-19, berat badan seorang lelaki melonjak 280kg.

Faktor berat badan naik sehingga 100kg akibat kerap makan serta kurang bersenam sepanjang lima bulan tempoh penularan wabak COVID-19.
Menurut laporan Odditycentral, Zhou 26 tahun sebelum itu menjalani gaya hidup normal dan pernah bekerja di sebuah kafe.

Bagaimanapun sejak pelaksanaan perintah berkurung ia mula berubah selepas kerajaan melaksanakan perintah berkurung, dia telah mengambil makanan berlebihan.

Timbalan pengarah Pusat Pembedahan Obesiti dan Metabolik hospital di Wuhan, Li Zhen, berkata, Zhou berada di rumah sejak Januari dan mula keluar rumah pada 1 Jun untuk menerima rawatan di hospital.

"Zhou mengalami gangguan tidur kerana berat badan melampau dan terpaksa meminta bantuan untuk merawat penyakitnya.
Dia tidak boleh tidur selama 48 jam dan berasa tidak selesa.

"Sebaik menerima rawatan, Zhou mengalami pelbagai gejala seperti masalah jantung dan pernafasan," katanya.

Menurutnya, keadaan kesihatan Zhou amat membimbangkan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Selama 10 hari, doktor berusaha menstabilkan Zhou dan pada 11 Jun, keadaannya semakin baik dan stabil.

"Pesakit ini mengalami masalah kegemukan disebabkan faktor genetik dan kecelaruan endokrin serta peningkatan pengambilan kalori tanpa henti selama lima bulan.

"Bagaimanapun dengan bantuan pasukan khusus, kami akan membantu Zhou menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 23kg sebelum melakukan pembedahan pintasan perut atau ikatkan kantung perut," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel