Bomba hantar OKU mengamuk ke hospital


KUCHING: Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat melakukan khidmat khas membawa Orang Kurang Upaya (OKU) bermasalah mental yang mengamuk ke hospital.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.05 petang ini.
 
"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan telah digerakkan ke lokasi kejadian.

"Pasukan Gerakan Operasi(PGO) menerima maklumat dari pihak polis memohon khidmat bantuan EMRS Bomba apabila mangsa telah berjaya di tangkap dan digari,"katanya di sini hari ini.

Katanya, pasukan Bomba dan pihak polis telah membawa turun mangsa dari tingkat lapan, bangunan Majma Mall.

"Menurut saksi mangsa sebenarnya bukan berniat untuk membunuh diri, tetapi sebenarnya seorang OKU yang menghadapi masalah kesihatan mental bertindak diluar kawalan sebelum ditangkap dan digari pihak Polis,"ujarnya.

Katanya, mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan menaiki jentera EMRS untuk di tenangkan dengan diiringi dua anggota Polis untuk diambil tindakan selanjutnya. 

"Setelah selesai menyerahkan mangsa kepada pihak HUS operasi ditamatkan pada jam 4.40 petang,"jelasnya.
LihatTutupKomentar
Cancel