Bot ekspres beroperasi kapasiti penuh

SIBU: Bot ekspres kini dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh selagi mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin memberitahu Borneo Post, SOP yag harus dipatuhi termasuk memakai topeng muka dan menggunakan pembersih tangan.
 
Sebelum ini, dilaporkan bahawa garis panduan bagi pengusaha adalah dengan hanya membawa tidak lebih dari 50 persen kapasiti kapal yang mereka kendalikan.

Pada hari Rabu, Terminal Bot Ekspres Sibu mengendalikan 949 penumpang, yang mana 463 orang adalah ketibaan dan 486 orang, yang berlepas.

Kapasiti kapal ekspres adalah dari 158 hingga 208 bergantung pada laluannya.

Pengangkutan sungai tetap menjadi pengangkutan utama ke hulu Sungai Rajang.

Selain katanya, bas ekspres juga dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh.

"Ia telah persetujui oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) mengikut SOP yang ditetapkan," katanya.
LihatTutupKomentar
Cancel