Bungkusan ke Sarawak lambat, Pos Malaysia
Ini kerana ketika ini Pos Malaysia sedang menghadapi peningkatan jumlah bungkusan yang mendadak terutamanya di Sarawak dan Sabah.
"Berikutan peningkatan tersebut, kami menjangkakan kelewatan penghantaran bungkusan ketika ini," menurut pengumuman Pos Malaysia di laman Facebooknya semalam.
Pihaknya sedang berusaha gigih untuk meningkatkan kapasiti untuk memastikan penghantaran dapat dilakukan secepat mungkin bagi pelanggan di Sarawak dan Sabah.
"Kami juga menghadapi kekangan dari segi jumlah penerbangan yang terhad yang mungkin menyebabkan kekewatan yang tidak dijangka,"menurut pengumuman itu.
Pos Malaysia meminta maaf atas segala kesulitan yand dihadapi dan untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi mereka di AskPos di pos.com.my.