Cemas tayar lori tiba-tiba terbakar

BETONG:Pemandu cemas setelah 
sebuah lori 10 tan yang membawa muatan simen telah terbakar ke empat-empat tayar di sebelah kiri di simpang Layar,di sini,petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.17 petang.

"Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Betong bersama unit EMRS bergerak ke lokasi kejadian. 

"Pihak Bomba bertindak memadam kebakaran tersebut dengan menggunakan salur bantu mula air dari tangki jentera sehingga api padam sepenuhnya,"katanya di sini hari ini.

Katanya, kebakaran hanya melibatkan 30 peratus sahaja. 

"Setelah memastikan keadaan terkawal dan selamat, jentera bersama anggota berangkat balik ke balai, operasi ditamatkan jam 7.13 malam,"ujarnya.
LihatTutupKomentar
Cancel