DAP terima 100 permohonan ahli baru

KUCHING, 14 Jun: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak telah menerima lebih 100 permohonan menjadi ahli parti terbabit dari penduduk sebuah kampung kecil di Stampin semalam.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mendedahkan permohonan terbabit diterima dari satu kampung kecil di kawasan Stampin bagi penubuhan satu cawangan DAP baharu.

"Mereka berkata yang mereka mahukan satu parti yang berperinsip dan tidak akan mengkhianati rakyat,"katanya dalam kenyataanya di media sosial hari ini.

Chong berkata maklumbalas terbabit diberikan selepas beliau bertanya kepada mereka mengapa masih menyertai DAP ketika ini setelah DAP dikeluarkan sebagai kerajaan.

Katanya dalam pergelutan politik berapa bulan lepas, DAP tampil sebagai satu parti yang berdisiplin dan berperinsip dengan kesemua 42 Ahli Parlimen parti terbabit berdiri teguh dengan Pakatan Harapan dan mempertahankan mandat rakyat.

"Tidak ada seorang pun Ahli Parlimen dari DAP mengabaikan atau mengkhianati kepercayaan rakyat,"katanya.
tamat


LihatTutupKomentar
Cancel