Dr. Micheal Teo dilantik sebagai Naib Presiden Keadilan
KUCHING: Ahli Parlimen Miri, Dr. Michael Teo Yu Keng dilantik sebagai Naib Presiden Keadilan manakala Roland Engan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat.
Perlantikan itu dibuat Presiden
Keadilan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Petaling
Jaya Selangor, semalam.
Ketua Penerangan dan Komunikasi
MPN Keadilan Sarawak, Abun Sui Anyit berkata, Dr. Michael Teo merupakan ahli paling senior PKR dan Ketua Cabang
Keadilan Miri.
"Beliau merupakan antara ahli terawal dan pelopor Keadilan di Sarawak sejak Parti Keadilan Nasionl (PKN) bermula pada
tahun 1999.
"Roland Engan pula merupakan Ketua Cabang Keadilan Baram, juga merangkap Naib Pengerusi Keadilan Sarawak,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,
Keadilan Sarawak mengucapkan penghargaan kepada kepimpinan Keadilan pusat dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas kepercayaan yang diberikan kepada wakil dari Sarawak.
"Perlantikan ini menunjukkan Presiden Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Keadilan mengambil berat tentang kepentingan Sarawak dan ahli –
ahli Keadilan dari Sarawak dan sedar bahawa Sarawak perlu dititikberatkan dalam tujuan dan matlamat perjuangan parti,"uiarnya.
Beliau berkata,perlantikan itu akan memperkuatkan lagi Keadilan di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihanraya Umum Negeri Sarawak Ke - 12 yang boleh
diadakan bila – bila masa dari sekarang.
Kredit Gambar FB Dr Teo